Sayembara Mengarang Remaja III (2012) kategori Cerpen, Sajak, Pantun dan Syair anjuran bersama Angkatan Sasterawan Indera Perlis (AKSARA) dan DBP Wilayah Utara.
Butiran ringkasnya seperti berikut :
1. Sayembara mengarang ini terbahagi kepada empat kategori genre iaitu cerpen, sajak, syair dan pantun.
2. Terbuka kepada remaja/pelajar sekolah warganegara Malaysia yang dilahirkan atau bermastautin atau menetap di negeri Perlis, berusia 13-20 tahun sebelum 20 September 2012, iatu tarikh tutup sayembara.
3. Tema - Kecintaan dan perjuangan terhadap Bahasa Melayu (ditulis dalam Bahasa Melayu).
4. Cerpen : Panjangnya antara 1,500-2,500 perkataan (6-10 halaman bercetak komputer, langkau sebaris, 12 points jenis huruf Times New Roman.
5. Sajak : Bebas tetapi tidak terkeluar daripada tema.
6. Pantun : Memenuhi ciri-ciri pantun empat kerat (jumlah pantun yang dikehendaki ialah 5 rangkap). Pantun empat kerat berkait juga diterima tetapi hendaklah tidak terkeluar daripada tema sayembara.
7. Syair : Memenuhi ciri-ciri sesebuah syair, panjangnya 5 rangkap.
8. Keputusan panel hakim muktamad.
9. Hadiah-hadiah :

Kategori Cerpen - Pertama : RM 700, Kedua RM 500, Ketiga RM 300 dan 5 Saguhati : RM 200 setiap satu.
Kategori Sajak/Pantun/Syair - Pertama : RM 400, Kedua RM 300, Ketiga RM 200 dan 5 Saguhati : 100 setiap satu.
Keputusan sayembara serta penyampaian hadiah-hadiah akan disempurnakan pada Majlis Pelancaran Bulan Bahasa pertengahan Oktober 2012 nanti.
Borang penyertaan sayembara ini boleh didapati di kaunter Perpustakaan Awam Negeri Perlis atau daripada saudari Haniza Hamzah Nilamsuri, AJK AKSARA, Perpustakaan Awam Negeri Perlis.